Perbicaraan Sarjan TUDM, N. Tharmendran Kehilangan Enjin Jet TUDM

Pada 14 November 2011, perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Aslam Zainuddin.Sarjan TUDM, N. Tharmendran (43) dan ahli perniagaan, K. Rajanprasad didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.

Saksi pendakwa ke-4 :Osman Abdullah (52)( juruteknik di Airod Sdn. Bhd) dan Omar Itam mengunci dua kontena dengan menggunakan 34 bolt dan nat selepas ia ditutup dengan menggunakan kren oleh seorang lagi juruteknik, Hilal Mohd. Yusof. Jet enjin F5 dengan nombor siri E227718 dibungkus pada 21 Jun 2007 manakala enjin nombor E227856 pula dibungkus pada 25 September 2007.Semua ini tercatat dalam borang yang diisi untuk Airod.Selepas itu kedua-dua kontena dihantar semula kepada TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia).

Aksesori enjin dibuka, seperti adapter enjin dan transmitter tekanan minyak.Enjin itu diangkat masuk ke dalam kontena dan dilekatkan dengan label kuning , siap dengan nombor siri, jenis kerosakan dan lain-lain lagi.Enjin disembur dengan minyak OM10 bagi tahan karat.Label khas itu hanya dikeluarkan oleh Syarikat General Electrical untuk enjin tersebut.[7]